widgeo.net

Monday 6 October 2014

Syarat dan Kedudukan Hadith Hasan

Syarat Hadith Hasan.[1] 
  1. Perawinya bersifat adil.
  2. Perawinya bersifat dhabit.
  3. Sanadnya bersambung.
  4. Tiada syaz atau kejanggalan.
  5. Tiada illah atau kecacatan.
Kedudukan Hadith Hasan.

  1. Majoriti Ulama Hadith menyatakan wajib beramal dengan Hadith Hasan. Berhujah dengan Hadith Hasan Lidhatih dan Hasan Lighairih sama dengan Hadith Sahih.
  2. Menurut pendapat minoriti ahli Hadith seperti Ibn Hibban, al-Hakim dan Ibn Khuzaimah, kedudukan Hadith Hasan setaraf dengan hadith Sahih. Akan tetapi mereka masih menetapkan Hadith Sahih yang lebih utama apabila berlaku pertentangan antara keduanya.

Kedudukan Hadith Hasan Lidhatihi [2]

Kedudukannya adalah selepas hadith sahih lighairih dan sebelum hadith hasan lighairih, maka apabila bertembung diantara hadith sahih lidhatih dan sahih lighairih maka didahulakan yang sahih. begitu juga apabila bertembung hadis hasan lidhatih dengan hadis hasan lighairihm didahulukan hadith hasan lidhatih.

Kedudukan Hadith Hasan Lighairih

Kedudukannya adalah di tangga terakhir bagi hadith-hadith yang boleh diterima, maka apabila berlaku pertembungan hadith didahulukan hadith-hadith pada martabat yang lebih tinggi daripadanya.




Rujukan.

[1]  Dr. Rosmawati Ali@Mat Zin, Pengantar Ulum Hadith, (Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 2005), 215.
[2] Dr Muhammad Abu Laith al-Khair Abadi. ms 150, 152




Antara buku rujukan yang digunakan. Baca jangan tak baca,, =)

No comments:

Post a Comment