HASAN LI DHATIHI[1]
Apabila sesuatu
hadith itu dikatakan hasan secara mutlak tanpa sebarang syarat maka ini
bermaksud hasan li zatihi. Takrif serta contoh bagi hasan li zatihi seperti
contoh di atas di bawah tajuk ‘contoh hadith hasan’ iaitu:
حَدَّثَنَا يونس وأبو سلمة الخُزَاعي قالا: حَدَّثَنَا
لَيْث، عَنْ يَزِيدَ – يعنى ابن الهاد - ، عَنْ عَمْرو بْنِ شُعَيْبٍ ، عَنْ
أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّه: أَنَّهُ سمع النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يقول: " أَلَا أُحَدِّثُكُمْ بِأَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي
مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ؟ " ثَلَاثَ مَرَّاتٍ يَقُولُهَا ، قَالَ :
قُلْنَا : بَلَى ، يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قَالَ : فَقَالَ : " أَحْسَنُكُمْ
أَخْلَاقًا
Takhrij: Imam Ahmad Ibn Ahmad Ibn Hanbal, Musnad Imam
Ahmad, (2/217) jilid 6, no. hadith 7035, h. 461.
Maksudnya:
Yunus dan Abu Salamah al-Khuza’i menceritakan dengan katanya: Laith
menceritakan daripada Yazid – iaitu Ibn al-Had – daripada ‘Amr bin Syu’aib
daripada ayahnya daripada datuknya bahawa dia mendengar Nabi s.a.w telah
bersabda: “Mahukah kamu aku ceritakan orang yang paling aku cintai dan paling
dekat denganku di kalangan kamu pada hari kiamat?” Nabi s.a.w mengulanginya sebanyak 3
kali. Kami berkata:
“Bahkan wahai Rasulullah! Maka berkata Rasulullah s.a.w:
“(iaitu) orang yang paling baik akhlaknya”.
Ø Di dalam hadith ini Yunus bin
Yazid adalah seorang perawi yang disifatkan dengan lafaz-lafaz ta’dil seperti
thabat.
Ø Abu Salamah Mansur bin Salamah
al-Baghdadi al-Khuza’i adalah seorang perawi yang disifatkan dengan lafaz-lafaz ta’dil
seperti thiqah dan hafiz.
Ø Laith bin Sa’d al-Fahmi termasuk
di kalangan al-huffaz al-kibar (penghafaz-penghafaz hadith yang utama).
Ø Di sisi para muhaddith, Amru bin
Syu’aib adalah saduq, begitu juga bapanya syu’aib bin Muhammad adalah saduq.
Ø Disebabkan Amru dan bapanya Syu’aib,
maka hadith ini dikira sebagai hadith hasan. Hal ini kerana pada pandangan para
ulama’ dalam bidang ilmu hadith, saduq adalah kurang kedhabitannya (ketepatan
dan hafalan) berbanding thiqah.
HASAN LI GHAIRIHI[2]
Hasan li
ghairihi ialah hadith yang wujud pada sanadnya perawi yang ‘mastur’ iaitu
perawi yang tidak diketahui keadaan atau kedudukannya yang sebenar. Syaratnya dia
bukanlah perawi yang banyak melakukan kesilapan dalam meriwayatkan hadith,
bukan seorang muttaham bi al-kazib (ditohmah berdusta pada hadith), dan hadith
yang diriwayatkannya juga hendaklah disokong oleh hadith lain.
Contoh:
[Klik untuk imej yang lebih besar dan jelas] |
Takhrij: Al-Imam al-Hafiz Muhammad Ibn Isa Ibn Saurah
al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Kitab al-Nikah, Bab Ma Ja‘A Fi Muhur Al-Nisa’, no.
hadith 1113, h. 263.
Maksudnya: ...daripada
Syu’bah daripada ‘Asim bin ‘Ubaidullah daripada Abdullah bin ‘Amir bin Rabi’ah
daripada bapanya: Bahawa seorang perempuan daripada Fazarah berkahwin dengan
(mas kahwin) sepasang kasut, maka berkata Rasulullah s.a.w: “Adakah saudari
redha daripada diri dan harta saudari dengan sepasang kasut? Dia menjawab: Ya.
Maka Nabi s.a.w membenarkannya.”
‘Asim iaitu salah seorang perawi hadith ini adalah dha’if disebabkan kelemahan hafalannya. Tetapi
disebabkan hadith ini juga telah diriwayatkan melalui turuq yang lain maka Imam
al-Tirmidhi telah memasukkannya dalam kumpulan hadith-hadith hasan.
[1] Syed
Abdul Majid Ghour, pengenalan ilmu mustalah al-hadith, terj. Muhammad Hazim Bin Husin 105-106.
[2] Ibid., 106.
No comments:
Post a Comment