widgeo.net

Monday 6 October 2014

Sejarah Kemunculan Hadith Hasan



            Sudah menjadi sunnatullah apabila sesuatu yang ada di bumi ini mengalami perubahan seiring dengan putaran waktu. Begitu juga dengan ilmu pengetahuan, terutamanya ilmu hadith. Istilah hadith hasan merupakan salah satu bahagian hadith yang belum dikenali di kalangan para ulama’ hadith sebelum zaman Imam Abu Isa al-Tirmidhi (w. 297 H).

Sebelum wujudnya pembahagian hadith hasan, hadith hanya diklasifikasikan menjadi dua bahagian sahaja iaitu hadith sahih dan hadis dhaif. Adapun pada zaman Imam al-Tirmidhi terjadinya perkembangan dalam pembahagian hadith. Pada masa itu, pembahagian hadith menjadi 3 iaitu hadith sahih, hadith hasan, dan hadith dhaif. Maka, beliau merupakan yang pertama menggunakan istilah hasan. Pendapat ini disandarkan kepada pendirian Imam Taqiyuddin Ibn Taimiyyah di dalam kitab Majmu Fatawa. Beliau menjelaskan:
“Orang yang pertama kali memperkenalkan bahawa hadith terbahagi kepada sahih, hasan, dan dhaif adalah Abu Isa al-Tirmizi dan pembahagian ini tidak dikenali oleh seseorang pun pada zaman sebelumnya.”
(Majmu Fatawa Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah, 17: 23 & 25).

Anggapan bahawa Imam At-Tirmidhi adalah orang paling pertama yang memperkenalkan istilah hadith Hasan juga disokong oleh muridnya, Al-Hafiz Shamsuddin Muhammad bin Ahmad Al-Dzahabi di dalam kitabnya, Al-Muqidhah fi Ilmi Musthalah Al-Hadits dan sebagai besar ulama besar hadith.



No comments:

Post a Comment