widgeo.net

Monday 6 October 2014

Apa itu Hadith Hasan?




Hadith Hasan ialah hadith yang bersambung sanadnya, diriwayatkan oleh perawi yang adil, tetapi kurang ke-dhabit-annya (kurang ketepatan) dari awal sanad hingga ke akhir sanad tanpa ada syaz dan tiada 'illah (kecacatan) padanya.[1] Para ulama telah banyak memberi ta’rif mengenai hadith hasan. Di antara ta'rif-ta'rif itu yang lebih mudah dan jelas ialah ta’rif yang diberikan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani. Beliau menjelaskan hadith Sahih li dhatihi ialah hadith yang berhubung sanadnya dari perawi yang adil dan dhabit kepada perawi yang adil dan dhabit. Hadith itu juga tidak mempunyai ‘illah dan tidak syaz. Seterusnya beliau menjelaskan jika perawi itu tidak mempunyai kekuatan ingatan, hadith yang diriwayatkan adalah hasan. Daripada keterangan al-Hafiz Ibn Hajar diatas, dapat difahamkan bahawa hadith hasan ialah hadith yang mempunyai sanad yang berhubung daripada seorang perawi kepada perawi yang lain sehingga akhir sanad, melalui perawi-perawi yang adil dan mempunyai ingatan yang kurang sempurna, tidak syaz dan tidak mempunyai ‘illah.


[1] Mohd. Muhiden Abd Rahman, ‘Ulum al-Hadith lengkap dengan Takhrij al-Hadith dan Pengajian Sanad Hadith, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010), 72.


No comments:

Post a Comment