Tuesday, 14 October 2014
Terminalogi "hasan" disisi Imam Tirmidhi
Video-Video Hadith Hasan.
|
"Di Sini, Maklumat Terperinci, Sumber Berautoriti!"
SELAMAT MENONTON!
-----
Monday, 13 October 2014
Kitab-Kitab Rujukan Hadith Hasan
1)
Jami’ al-Tirmidhi (جامع الترمزي)
Dinamakan juga sunan al-Tirmidhi, karangan: al-Imam Abu Isa
Muhammad bin Isa bin Saurah al-Tirmidzi (w. 279 H)
2)
Sunan Abu Daud (سنن
أبي داود)
Karangan: al-Imam Abu Daud Sulaiman bin al-Asy’ath al-Azdi al-Sijistani
(w. 275 H)
3)
Sunan al-Nasai (سنن النسائي)
Karangan: al-Imam Ahmad bin Syu’aib bin Ali Abu al-Rahman al-Nasai
(w. 303 H)
4)
Sunan Ibn Majah (سنن
ابن ماجه)
Karangan: al-Imam Muhammad bin Yazid bin ‘Abdillah bin Majah
al-Qazwini (w. 273 H)
5)
Al-musnad (المسند)
Karangan: al-Imam Ahmad bin Muhammad bin
Hanbal Abu ‘Abdillah al-Shaibani al-marwazi
(w. 241 H)
6)
Al-Musnad (المسند)
Karangan: al-Imam Abu Ya’la al-Musili Ahmad
bin Ali bin Musanna. (w. 307 H)
Lain-lain rujukan;
Taisir Mustolah Hadith oleh Dr. Mahmud Tohan.
Ulum al-Hadith Usuliha wa Mu'asiraha oleh Dr. Muhammad Abu Laith al-Khair Abadi
Lain-lain rujukan;
Taisir Mustolah Hadith oleh Dr. Mahmud Tohan.
Nuzhatu al-Nazor fi Tawdih Nuhbah al-Fikr fi Mustolah Ahli al-Athar oleh al-Imam al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Hajar al-'Asqalani.
Saturday, 11 October 2014
Bahagian Hadith Hasan.
HASAN LI DHATIHI[1]
Apabila sesuatu
hadith itu dikatakan hasan secara mutlak tanpa sebarang syarat maka ini
bermaksud hasan li zatihi. Takrif serta contoh bagi hasan li zatihi seperti
contoh di atas di bawah tajuk ‘contoh hadith hasan’ iaitu:
حَدَّثَنَا يونس وأبو سلمة الخُزَاعي قالا: حَدَّثَنَا
لَيْث، عَنْ يَزِيدَ – يعنى ابن الهاد - ، عَنْ عَمْرو بْنِ شُعَيْبٍ ، عَنْ
أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّه: أَنَّهُ سمع النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يقول: " أَلَا أُحَدِّثُكُمْ بِأَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي
مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ؟ " ثَلَاثَ مَرَّاتٍ يَقُولُهَا ، قَالَ :
قُلْنَا : بَلَى ، يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قَالَ : فَقَالَ : " أَحْسَنُكُمْ
أَخْلَاقًا
Takhrij: Imam Ahmad Ibn Ahmad Ibn Hanbal, Musnad Imam
Ahmad, (2/217) jilid 6, no. hadith 7035, h. 461.
Maksudnya:
Yunus dan Abu Salamah al-Khuza’i menceritakan dengan katanya: Laith
menceritakan daripada Yazid – iaitu Ibn al-Had – daripada ‘Amr bin Syu’aib
daripada ayahnya daripada datuknya bahawa dia mendengar Nabi s.a.w telah
bersabda: “Mahukah kamu aku ceritakan orang yang paling aku cintai dan paling
dekat denganku di kalangan kamu pada hari kiamat?” Nabi s.a.w mengulanginya sebanyak 3
kali. Kami berkata:
“Bahkan wahai Rasulullah! Maka berkata Rasulullah s.a.w:
“(iaitu) orang yang paling baik akhlaknya”.
Ø Di dalam hadith ini Yunus bin
Yazid adalah seorang perawi yang disifatkan dengan lafaz-lafaz ta’dil seperti
thabat.
Ø Abu Salamah Mansur bin Salamah
al-Baghdadi al-Khuza’i adalah seorang perawi yang disifatkan dengan lafaz-lafaz ta’dil
seperti thiqah dan hafiz.
Ø Laith bin Sa’d al-Fahmi termasuk
di kalangan al-huffaz al-kibar (penghafaz-penghafaz hadith yang utama).
Ø Di sisi para muhaddith, Amru bin
Syu’aib adalah saduq, begitu juga bapanya syu’aib bin Muhammad adalah saduq.
Ø Disebabkan Amru dan bapanya Syu’aib,
maka hadith ini dikira sebagai hadith hasan. Hal ini kerana pada pandangan para
ulama’ dalam bidang ilmu hadith, saduq adalah kurang kedhabitannya (ketepatan
dan hafalan) berbanding thiqah.
HASAN LI GHAIRIHI[2]
Hasan li
ghairihi ialah hadith yang wujud pada sanadnya perawi yang ‘mastur’ iaitu
perawi yang tidak diketahui keadaan atau kedudukannya yang sebenar. Syaratnya dia
bukanlah perawi yang banyak melakukan kesilapan dalam meriwayatkan hadith,
bukan seorang muttaham bi al-kazib (ditohmah berdusta pada hadith), dan hadith
yang diriwayatkannya juga hendaklah disokong oleh hadith lain.
Contoh:
[Klik untuk imej yang lebih besar dan jelas] |
Takhrij: Al-Imam al-Hafiz Muhammad Ibn Isa Ibn Saurah
al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Kitab al-Nikah, Bab Ma Ja‘A Fi Muhur Al-Nisa’, no.
hadith 1113, h. 263.
Maksudnya: ...daripada
Syu’bah daripada ‘Asim bin ‘Ubaidullah daripada Abdullah bin ‘Amir bin Rabi’ah
daripada bapanya: Bahawa seorang perempuan daripada Fazarah berkahwin dengan
(mas kahwin) sepasang kasut, maka berkata Rasulullah s.a.w: “Adakah saudari
redha daripada diri dan harta saudari dengan sepasang kasut? Dia menjawab: Ya.
Maka Nabi s.a.w membenarkannya.”
‘Asim iaitu salah seorang perawi hadith ini adalah dha’if disebabkan kelemahan hafalannya. Tetapi
disebabkan hadith ini juga telah diriwayatkan melalui turuq yang lain maka Imam
al-Tirmidhi telah memasukkannya dalam kumpulan hadith-hadith hasan.
[1] Syed
Abdul Majid Ghour, pengenalan ilmu mustalah al-hadith, terj. Muhammad Hazim Bin Husin 105-106.
[2] Ibid., 106.
Tuesday, 7 October 2014
Perbezaan Hadith Hasan & Hadith Sahih, serta Hukum Hadith Hasan
Perbezaan
antara sahih dan Hassan ialah perawi hasan adalah قليل الضبط (kurang ketepatan dan lemah
ingatan) sementara perawi sahih adalah كامل الضبط (sempurna ketepatan dan
ingatan).[1]
Contoh hadith Hassan :
حَدَّثَنَا يونس وأبو سلمة الخُزَاعي قالا: حَدَّثَنَا
لَيْث، عَنْ يَزِيدَ – يعنى ابن الهاد - ، عَنْ عَمْرو بْنِ شُعَيْبٍ ، عَنْ
أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّه: أَنَّهُ سمع النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يقول: " أَلَا أُحَدِّثُكُمْ بِأَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي
مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ؟ " ثَلَاثَ مَرَّاتٍ يَقُولُهَا ، قَالَ :
قُلْنَا : بَلَى ، يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قَالَ : فَقَالَ : " أَحْسَنُكُمْ
أَخْلَاقً [2] "
Takhrij: Imam Ahmad Ibn Ahmad Ibn Hanbal, Musnad Imam Ahmad, (2/217) jilid 6,
no. hadith 7035, h.461.
HUKUM HADITH HASAN
Hukum hadith hasan adalah seperti
hadith sahih, hadith hasan juga boleh digunakan sebagai hujah atau dalil. Walau
bagaimanapun, dari segi kekuatan ia tidak dapat menandingi hadith sahih. Fuqaha
menggunakan hadith-hadith hasan sebagai hujah dan beramal dengannya.[3]
Hukum Hadith Hasan Lidzatih
Hukumnya adalah sepertimana hadith sahih dalam bab aqidah, ibadah, muamalat dan sebagainya.
Hukum Hadith Hasan Lighairih
Hadith ini boleh diterima dan boleh berhujah dengannya dalam bab aqidah dan hukum hakam, ibadat dan muamalat serta akhlak dan adab.
Monday, 6 October 2014
Syarat dan Kedudukan Hadith Hasan
Syarat Hadith Hasan.[1]
- Perawinya bersifat adil.
- Perawinya bersifat dhabit.
- Sanadnya bersambung.
- Tiada syaz atau kejanggalan.
- Tiada illah atau kecacatan.
Kedudukan Hadith Hasan.
- Majoriti Ulama Hadith menyatakan wajib beramal dengan Hadith Hasan. Berhujah dengan Hadith Hasan Lidhatih dan Hasan Lighairih sama dengan Hadith Sahih.
- Menurut pendapat minoriti ahli Hadith seperti Ibn Hibban, al-Hakim dan Ibn Khuzaimah, kedudukan Hadith Hasan setaraf dengan hadith Sahih. Akan tetapi mereka masih menetapkan Hadith Sahih yang lebih utama apabila berlaku pertentangan antara keduanya.
Kedudukan Hadith Hasan Lidhatihi [2]
Kedudukannya adalah selepas hadith sahih lighairih dan sebelum hadith hasan lighairih, maka apabila bertembung diantara hadith sahih lidhatih dan sahih lighairih maka didahulakan yang sahih. begitu juga apabila bertembung hadis hasan lidhatih dengan hadis hasan lighairihm didahulukan hadith hasan lidhatih.
Kedudukan Hadith Hasan Lighairih
Kedudukannya adalah di tangga terakhir bagi hadith-hadith yang boleh diterima, maka apabila berlaku pertembungan hadith didahulukan hadith-hadith pada martabat yang lebih tinggi daripadanya.
Rujukan.
[1] Dr. Rosmawati Ali@Mat Zin, Pengantar Ulum Hadith, (Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 2005), 215.
[2] Dr Muhammad Abu Laith al-Khair Abadi. ms 150, 152
[2] Dr Muhammad Abu Laith al-Khair Abadi. ms 150, 152
Antara buku rujukan yang digunakan. Baca jangan tak baca,, =) |
Sejarah Kemunculan Hadith Hasan
Sudah menjadi sunnatullah apabila sesuatu yang ada di bumi ini mengalami perubahan seiring dengan putaran waktu. Begitu juga dengan ilmu pengetahuan, terutamanya ilmu hadith. Istilah hadith hasan merupakan salah satu bahagian hadith yang belum dikenali di kalangan para ulama’ hadith sebelum zaman Imam Abu Isa al-Tirmidhi (w. 297 H).
Sebelum wujudnya pembahagian hadith hasan, hadith hanya diklasifikasikan menjadi dua bahagian sahaja iaitu hadith sahih dan hadis dhaif. Adapun pada zaman Imam al-Tirmidhi terjadinya perkembangan dalam pembahagian hadith. Pada masa itu, pembahagian hadith menjadi 3 iaitu hadith sahih, hadith hasan, dan hadith dhaif. Maka, beliau merupakan yang pertama menggunakan istilah hasan. Pendapat ini disandarkan kepada pendirian Imam Taqiyuddin Ibn Taimiyyah di dalam kitab Majmu Fatawa. Beliau menjelaskan:
“Orang yang pertama kali memperkenalkan bahawa hadith terbahagi kepada sahih, hasan, dan dhaif adalah Abu Isa al-Tirmizi dan pembahagian ini tidak dikenali oleh seseorang pun pada zaman sebelumnya.”
(Majmu Fatawa Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah, 17: 23 & 25).
Anggapan bahawa Imam At-Tirmidhi adalah orang paling pertama yang memperkenalkan istilah hadith Hasan juga disokong oleh muridnya, Al-Hafiz Shamsuddin Muhammad bin Ahmad Al-Dzahabi di dalam kitabnya, Al-Muqidhah fi Ilmi Musthalah Al-Hadits dan sebagai besar ulama besar hadith.
Apa itu Hadith Hasan?
Hadith Hasan ialah hadith yang bersambung sanadnya, diriwayatkan oleh perawi yang adil, tetapi kurang ke-dhabit-annya (kurang ketepatan) dari awal sanad hingga ke akhir sanad tanpa ada syaz dan tiada 'illah (kecacatan) padanya.[1] Para ulama telah banyak memberi ta’rif mengenai hadith hasan. Di antara ta'rif-ta'rif itu yang lebih mudah dan jelas ialah ta’rif yang diberikan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani. Beliau menjelaskan hadith Sahih li dhatihi ialah hadith yang berhubung sanadnya dari perawi yang adil dan dhabit kepada perawi yang adil dan dhabit. Hadith itu juga tidak mempunyai ‘illah dan tidak syaz. Seterusnya beliau menjelaskan jika perawi itu tidak mempunyai kekuatan ingatan, hadith yang diriwayatkan adalah hasan. Daripada keterangan al-Hafiz Ibn Hajar diatas, dapat difahamkan bahawa hadith hasan ialah hadith yang mempunyai sanad yang berhubung daripada seorang perawi kepada perawi yang lain sehingga akhir sanad, melalui perawi-perawi yang adil dan mempunyai ingatan yang kurang sempurna, tidak syaz dan tidak mempunyai ‘illah.
[1] Mohd. Muhiden Abd Rahman, ‘Ulum al-Hadith lengkap
dengan Takhrij al-Hadith dan Pengajian Sanad Hadith, (Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2010), 72.
Subscribe to:
Posts (Atom)